SahABAat

Selemah-LeMAh mANUSia iaLah Orang YaNg tIDAk BoLEH mencaRi sAHabat dan ORAng yANG LeBih Lemah daRi iTu iaLah orANG Yang mensia-SiaKAN SAhabat YANG teLAH diCari...( Kata-KAta Saidina Ali )

Tuesday, November 16, 2010

^^Elf Bowling^^The last insult^^ ( game )


 game genre FUN,,,,^^elf bowling^^....
game bowling yang menarik untuk di main....
ada byk trick yang boleh digunakan,,,,
mode -- 2 player...




layanz

^^plants vs zombie^^ ( game )


game terbaru yang menarik untuk dikongsi,,,,,
^^Plants vs zombie^^
game genre adventure--perang dengan zombie
dengan menggunakan tanaman,,,,,best,,,




layanz...



Sunday, August 1, 2010

helang_putih619: My Top 5 Female Artist Ever......

helang_putih619: My Top 5 Female Artist Ever......

My Top 5 Female Artist Ever......

1 ) Datuk Siti Nurhaliza......
Penyanyi yg berasal dari Temerloh, PAHANG ni sememangnya di segani oleh 
smua org.....mempunyai perwatakan yang menarik, ayu dan elegance 
sememangnya memukau orang ramai.......
byk kejayaan yg telah beliau kecapi di dalam negara ( MALAYSIA ) dan juga di luar negara.......
mendapat jolokan : 1- The voice of Asia
 2 - Asia Celine Dion
3 - malaysian song bird
penyanyi serba boleh ini boleh menyanyi pelbagai genre music seperti......
irama malaysia, pop, soft rock, pop rock, R&B, dance-pop..........
telah memenangi ratusan award termasuk :- 
34 AIM award, 24 bintang popular award, 20 award planet music,
18 award juara lagu and 4 MTV asia award.......
mempunyai :-  14 studio album, 5 Live album, 7 solo compilation album,
4 other album, 2 other compilation album
Hit song :- Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Percayalah, Balqis, Nirmala
 Bukan Cinta Biasa, Biarlah Rahsia, Destinasi Cinta,
Ku Percaya Ada Cinta, Amarah 

2 ) Celine Dion.......
Penyanyi yang berasal dari CANADA ini mmg x asing lagi dlm dunia seni.....
sememangnya terkenal dengan suaranya yang lantang and mampu memcapai 
high notes yang dahsyat dari  G1 hingga G7.......
beliau pernah memenangi Yamaha World Popular Song Festival ( 1982 )
 dan Eurovision Song Contest ( 1988 )........
Menampilkan genre music yang world wide termasuk rock, gospel,
classical and R&B.......
mempunyai :- 10 studio album, 13 languages studio album.....
Hit song :- The Power oF Love, ''Je Sais Pas'', Because You Love Me, 
All by Myself, Tell Him, My Heart Will Go On, Im Your Angel,

3 ) Regine Velasquez........
Penyanyi FILIPINA ini pernah mengejutkan dunia seni dengan suara lantangnya 
suatu ketika dahulu setanding dengan artis hebat pada ketika itu seperti
Celine Dion dan Whitney Houston..........
mampu mencapai note tinggi G7  dan sustain 12-15 saat semasa menyanyi
pernah menjadi juara asia pacific singing contest pada tahun 1989,,,,,,,,
lebih mengetengahkan genre music pop and contemporary.....
mempunyai :- 18 guest album, 12 studio album...
Hit Song :- You are My Song, ''Araw Gabi'', You Made Me Stronger,
''Pangarap Ko Ang Ibigin kA'', Emotion, ''Ikaw'', Love Again,
mendapat jolokan :- 1 ) ASIA song bird
2 ) Asia song goddess


4 ) Beyonce Knowles........
Penyanyi ini berasal dri Houston,UNITED STATES......
sememangnya dri kecik berkecimpung dalam bidang nyanyian....
karier bermula bersama group Destiny Child,,,,
beliau menjadi vokalis utama pada ketika itu,,,,,
lama-kelamaan beliau semakin gah dalam industri music 
dan bergerak solo sebagai beyonce pada tahun 2003........
genre music nya lebih ke arah R&B, pop, funk and soul.......
mempunyai :- 3 studio album, 6 movie sountrack, 7 video release,
5 Tour Album....
Hit song :- Me Myself and I, Listen, Beautiful Liar, Halo, Single Ladies,
If I Were A Boy, Dangerously In Love, Crazy In Love, 

5 ) Ziana Zain.........
Penyanyi bersuara lantang ni berasal dari melaka, MALAYSIA...... 
pernah di nobatkan sebagai ASIA pop Queen Selepas berjaya mjadi
Juara ASIAN pOP qUeen Festival pada tahun 1993 dengan
menewaskan HETTY koes Endang ( Indonesia ) dan Smokey Mountain 
from filipina.......
juga mampu mencapai note tinggi hingga G7........dan merupakan
pelakon wanita yang popular di Malaysia sehingga sekarang.........
mempunyai :- 7 studio album, 5 compilation album, 5 international album,
Hit Song :- Madah Berhelah, Puncak Kasih, Dingin, Feel Me Out,
Lukisan Wajah Kasih, Strive For The Best, Menadah Gerimis,
menbintangi :- 9 filem, 6 television movie, 2 teater musical,,,,



Sunday, June 20, 2010

tahukah engkau??





Tahukah engkau kekasih...??
Apa yang selalu aku rasakan
Di saat-saat aku sedang sendiri..??
Selalu saja ingat padamu

Tahukah engkau kekasih...??

Apa yang selalu aku fikirkan
Di saat-saat aku sedang sendiri
Selalu saja memikirkanmu

Aku sayang padamu
Aku ingin dirimu
Selalu bersamaku
Aku sayang padamu..

Monday, April 5, 2010

Matahari Esok

Matahari bangkit dari sanubariku
Menyentuh permukaan samudera raya
Matahari keluar dari mulutku
Menjadi pelangi di cakerawala
Aku insan kerdil,penuh dosa dan kata nista
Memohon petunjuk dan hidayahMU
Berilah aku sinar mentarimu YA ALLAH
Agar dapat menerangi jiwa kudusku ini

Aku tidak tahu
Adakah esok akan ada pelangi ?
Bila hujan turun, akan kurayakan dengan siapa

Matahari, di ufuk mana engkau berarak hari ini ?
Esok, lusa dan hari depan
Ah, akan ku jangkau jika engkau mendekati awan
Akan ku dekap agar tidak jatuh ke bumi
Meski licin ujung jemariku Wahai Matahari

Berilah aku peluang sekali lagi
Menebus segala dosa silamku
Harapanku hanya satu YA ALLAH
Agar pintu taubatmu masih terbuka untuk diriku

Sebentar lagi Matahari akan tenggelam
Malam kian membuka jendela
Aku resah, aku gelisah, aku takut
Masih adakah Matahari untukku esok???

YA ALLAH, YA MUHAIMIN, YA RABBANA, YA RABBUL IZZATI





Monday, January 4, 2010

coret kejayaan dan pengalaman sepanjang tahun 2009.....

                tahun 2009 dah pown melabuhkan tirai,,,,
       tirai 2010 pula bru je mbuka tirai,,,huhuhu,,,


byk kenangan sepanjang 2009,,,,huhuhu,,,ader best,,,ader x best,,,,mcm2 la kiranyer,,,,huhuhu





wlau bgaimana pown,,,buang yang keruh,,,,amik yang jernih,,tp yang jernih kena tgk gak,,,,


ader setengah tu x btol-btol jernih,,,huhuhu,,,ati2 ekk,,,huhuhu

paling best bila ayah aku belikan 135LC warna merah,,,thankz abah,,,,muahhhh,,,lepas tu aku berjaya dapatkan handphone N95,,,,HUHUU,,,,n banyak gajet2 baru yang aku beli mcm headphone, dompet army, n laen2,,,,

ttp????

sgt sedih apabila aku kehilangan 2 sahabt karib aku yang aku syg sgt2,,,
munir meninggal kemalangan jalanraya bulan september,,,,,
sayuti meninggal kemalangan jalan raya bln november,,,,,,
smoga roh korang dicucuri rahmat,,,
thankz sbb jdi part of my best fwen,,,
kengan kita bersama ttp aku ingat smpai akhir hayat,,,,
miss u guys,,,,
al-fatihah........




di samping itu,,,,bersyukur aku masih ader kawan2 yang rapat n aku syg diorang,,,
aku xnk kehilangan best fwen lagi,,,,ye la,,,ajal maut ALLAH yng tentukan,,,
tp,,,sblm tu,,,aku nak gunakan setiap detik n masa yang utk aku hargai smua persabatan dengn kawan2 aku,,,syg korang smua,,,

thankz pada : abah,mak,adik pmpuan aku, n adik laki aku yang aktif dan comey,,,aku syg korang sgt2..
semua jasa korang akan aku balas secepat mungkin,,,insyaALLAH,,,
: ucop, abg, adik ,yit , fairuz - korang mmg best fwen aku dri kmpung lagi,,,,,
: wan,hazrol,sham,mahsa,isan
,dila,nieza,ima, n rakan2 pusat sukan serta yang sewaktu
dengannya,,,,,smoga pershbatan kekal abadi,,,,,
kejayaan n pengalaman 2009 :-

januari - anugerah bintang harapan ( rowing )........sukan  sukmum : 5th lompat kijang........4th 4x100 meter lelaki.........15th perseorangan bowling lelaki.........pingat perak netball lelaki

februari- final nasyid suara emas 12th kolej

mac- final pidato piala pengarah APM.......naib juara pantun piala pengrah APM..... jalan2 ke parlimen,,... FESENI : final nasyid.......nyanyian irama malaysia...... nyanyian asli.........nyanyian inggeris.......... special award from jury events talents search 12th - perform lagu permintaan hati by letto

april - dinner 5th kolej- perform lagu jatuh cinta lagi by matta band........pengacara majlis events kayuhlah kayuh siri 3 uM......pingat gangsa netball interbatch pusat sukan

jun - kem suksis di PLPGA ulu kinta perak.......kursus PM di taman negara pahang...... kursus PM di BTN kelantan

july - jadi PM 5th,,,,best,,,dpt tmbh mber2 junior yang bru,,,huhuhuhu

ogos - sukarelawan duatlon series......show nasyid di pentas gazebo sempena fESKUM...... final festival nasyid UITM -piala pengarah uitm penang.......tmpat ketiga festival nasyid ibnu sina


september - perform lagu suasana hari raya dengan dila masa jamuan hari raya 5th........daftar jadi model dgn BF1 man fitness - layari - http://bf-1.com/BF1EFIT/?P=9111
oktober - final 8+ rowing asean varsiti boat race......repecharge 4+ rowing asean varsiti boat race......sukan aras 5th : pingt perak volleyball lelaki,........pingat perak handball lelaki.......dinner rowing di PICC.......100plus events : wall climbing events- menang voucher,cap,hand pose.........repailing events-menang voucher, cap, beg......rope events-menang vouche, cap hand pose........pengacara majlis konvo sains sukan peringkat kebangsaan

disember - prince of the night dinner suksis......... suksis di tasik kenyir,,       

 

Tuesday, October 27, 2009

BabY,,,,U arE The OnE....






" In the instant that U love 
  someone.....
  In the second that the 
  hammer hits......
  Reality runs up UR spind and 
  the pieces finally fit....
  And all i ever needed was the 1
  like freedom fields 
  where wild horse run
  When star collide like U and i,
  nO shadow block the sun
  you're all i've ever needed......
  baby you're the oNE...."

Friday, October 9, 2009

Sejarah Solat 5 Waktu




Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Sunday, October 4, 2009

C.i.N.t.A????


YA ALLAH,,,
Jika aku jatuh cinta...
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU.....
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU...

YA MUHAIMIN,,,
Jika aku jatuh hati...
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU...
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

YA RABBANA,,,,
Jika aku jatuh hati...Jagalah hatiku padanya..
Agar tidak berpaling daripada hatiMU...


YA RABBUL IZZATI,,,
Jika aku rindu...
Rindukanlah aku pada seseorang yang...
Merindui syahid di jalanMU....


YA ALLAH,,,
Jika aku menikmati cinta kekasihMU....
Janganlah kenikmatan itu melebihi...
Kenikmatan indahnya bermunajat
sepertiga malam terakhirMU....






YA ALLAH,,,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMU...
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMU....

YA ALLAH,,,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihmu...
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi...
Hanya kepadaMU...YA ALLAH....


Doaku...
Moga kita sama-sama
berjaya di dunia dan akhirat.....
Berjaya dalam mengharugi segala dugaan dan cabaran....
yang sememangnya menguji
kekuatan IMAN...

Kerana...
Tapak iman itulah
yang menemukan cinta
yang selama ini telah hilang....


Semoga cinta yang dicari
telah ditemui...

Semoga ALLAH meletakkan kita
di bawah payung rahmat kasihNYA....
insyaALLAH...

my new days

new life??